L.O.V.A

My photo
ampang, Malaysia
liyxa... aku seorang yg kuat membebel, (bak kate bf aku),seorang yang kelakar, n ske menghappy kan org. x suke pada orang yg hipokrit..paling aku pantang, adakala nye aku panas baran..orang yg kenal aku lame tahu la baran aku mcm mane..x ske benda yg complicated..manja, n ske dimanja kan...ske pegi vacation tmpt yg aku ske pegi of coz la pntai...tenang jiwa aku dow!n mcm2 la mengenai aku nie..mls nak cite lebey2...hhuhu
Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

10 Sebab Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua… .khususnya wanita.

Saturday, December 18, 2010

PUTUS CINTA

Bila ada mula mesti ada akhir kan. Macam tu lah perhubungan percintaan. Bila dah couple. Mula-mula manis. Lepas tu gaduh-gaduh. Lepas tu bila dah hilang kesabaran salah seorang akan rasa penat dan minta perpisahan. Bila dah putus baru nak meraung menjerit menangis bagai. Baru sedar kalau bersabar awal-awal dari mula mesti tak kan putus. Masa tu baru nak menyesal tak berkesudahan.

Actually memang banyak sebab kan terjadinya satu perpisahan. Pihak ketiga. Tak bersefahaman. Salah faham dan macam-macam lagi. Tak kisah lah apa sebabnya pun. Jom atasinya! yea!

Masa baru putus, sila lah menangis sepuas-puasnya kalau untuk perempuan lah. Nangis lah semahu yang mungkin. Macam tu akan lebih lega actually. Kalau laki nak sangat tunjuk macho tak nak nangis kan, pergi lepak dengan member tengok bola. Tengok sampai mengantuk. Balik rumah terus tidur. Tak teringat langsung kan bekas kekasih kau tu kan? haha
Belajar lah meluahkan masalah korang yang baru putus kat kawan baik korang. Cerita dari A sampai Z. Tak payah nak tinggal satu pun. Lantak lah kalau dicop membuka pekung di dada. So what?

Kemudian, hubungi bekas kekasih korang balik. Sila maki dan marah bekas kekasih korang tu walaupun sedikit sebanyak korang pun ada salahnya terjadinya perpisahan tu. Lepaskan amarah dalam dada sepuas hatinya.
I HATE YOU SUCKER!

Masa ni paling genting sekali. Aku sarankan delete lah segala gambar bekas kekasih kau tu yang ada kat social network. Untag gambar yang penah bekas kekasih kau tu tag. Delete message berkasih-kasih sayang kat inbox tu. Buat apa simpan lagi kalau dah tak berkasih sayang kan?

Jangan sampai block/remove bekas kekasih kau tu dari social network. Nanti menyesal sebab mana tahu kemudian hari kau dengan dia dah boleh jadi kawan biasa. Tak ke segan nak add balik.

Walaupun dah putus, aku percaya kau tak kan dapat tahan diri dari stalking dia kat internet ni kan? Kat sini kau kena tahan nafsu kau tu sikit. Tahan diri dari stalking. BERHENTI STALK!! Makin stalk kau akan lebih merindui dia.

Kalau dah rindu sangat kat bekas kekasih kau tu, pergi buat aktiviti lain. Pergi marathon tengok wayang. Tapi jangan tengok wayang yang cintan-cintun. Better tengok cerita hantu.haha. Ataupun masuk Facebook dan try kenal dengan orang yang tak pernah kau tegur sebelum ni. Banyak lagi aktiviti yang berfaedah kau boleh buat selain stalking bekas kekasih kau tu.
*stalking dengan penuh khusyuk
Belajarlah terima kenyataan yang kau dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan cinta selain hubungan kawan. Kalau tak terima kenyataan itu how will you go on with your life? Think about it. Tak kan selamanya nak hidup di bawah bayang-bayang dia? Tak kan selamanya nak hidup dalam kenangan kau dengan dia? MOVE ON!

Ok. Ini lepas 4-5 bulan. Kau dengan bekas kekasih kau tu contact semula. Dan aku percaya kau dah boleh terima kenyataan yang bekas kekasih kau tu dah jadi kawan biasa kau semula. Menangi hatinya semula =)
*kan bagus tak payah masam-masam muka dah.
Ini yang terjadi kepada aku dua tahun yang lepas. Aku dengan bekas kekasih aku tu pernah lah couple balik beberapa kali lepas putus tu. Tapi tak tahan lama. Sampai sekarang kami memilih untuk menjadi kawan. Itu adalah jalan yang terbaik. Kadang-kadang apa yang kita kasihi tu tak kan jadi milik kita selamanya.

Percayalah ada jodoh yang lebih baik untuk dirimu jika perpisahan terjadi :D. Kita akan bertemu dengan orang yang bukan jodoh kita berkali-kali sebelum ditemukan dengan jodoh kita sendiri.

Monday, December 13, 2010

WAJIB KETIKA BERCINTA

Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya.

Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan.

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

4. Hormati pendiriannya
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.

9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.

BERTENGKAR TAPI HATI TAK PANAS

Kalau sebut sahaja perkataan bertengkar, sudah pasti pelbagai persepsi negatif akan bermain di fikiran. Namun di dalam kehidupan berumahtangga, ia adalah satu perkara yang normal. Maklumlah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Memandangkan semua pasangan pernah melaluinya, maka adalah penting untuk kita menghadapi pertengkaran dengan cara yang betul. Perkara pertama yang perlu diawasi ialah kata-kata yang keluar daripada mulut. Ini kerana ketika bertengkar, fikiran rasional telah menghilang dan biasanya kata-kata yang keluar sangat menyakitkan hati dan bertujuan untuk memuaskan hati masing-masing tanpa memikirkan perasaan pasangan.

Lebih buruk jika tiada pihak yang mahu beralah. Perselisihan faham atau pertengkaran tersebut boleh berlanjutan dan tidak mustahil ia mampu meranapkan sebuah ikatan perkahwinan.

Untuk itu, melalui buku 'The Happiness Project' yang ditulis oleh Gretchen Rubin, dia membantu anda untuk bertengkar atau berdebat tanpa mencetuskan emosi yang mendalam.

Di sini diperturunkan beberapa kalimat yang perlu anda gunakan ketika menghadapi pertengkaran.

1. "Saya cuma mahu meluahkan isi hati saya."
Kebanyakan wanita hanya mahu menceritakan masalahnya tetapi seringkali disalah erti oleh pasangan. Suami menganggap isteri meminta dirinya membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Lalu dia akan mula memberi jalan penyelesaian. Bila langkah yang disarankan itu tidak diterima, maka timbullah pertengkaran. Oleh itu, ayat, "Saya cuma mahu meluahkan isi hati saya" pastinya dapat memberi ketenangan kepada suami. Suami akan lebih memahami dan memberikan kata-kata semangat agar isteri lebih tabah menghadapi masalahnya itu.

2. "Tolong fahami pendapat saya."
Salah satu perkara yang sering dilupakan ketika berdebat atau bertengkar ialah empati. Maklumlah masing-masing cuba menegakkan hujah mereka. Anda kena faham, semakin banyak perbezaan pendapat, itu bermakna semakin sempit cara anda berfikir.

Sebaiknya anda katakan kalimat ini sebelum anda memulakan percakapan. Ia penting supaya anda berdua dapat meluahkan masalah yang dihadapi dan dalam masa yang sama tetap memahami serta prihatin terhadap perasaan masing-masing.

3. "Perkara ini penting untuk saya. Tolonglah dengar."
Apabila bertengkar dengan pasangan, sesiapa pun jua cenderung untuk tidak mendengar dengan teliti apa yang cuba disampaikan oleh pasangan. Sebaliknya anda sibuk berfikir apakah yang perlu anda katakan untuk membalas kembali apa yang diperkatakan oleh pasangan anda.

Jalan terbaik, sebelum anda meluahkan perasaan anda, katakan dulu kalimat ini agar pasangan anda lebih prihatin dan dapat memberi lebih tumpuan kepada apa yang cuba anda sampaikan.

4. "Saya juga bersalah."
Apabila wujud sesuatu masalah di dalam hubungan suami isteri, kita cenderung untuk menyalahkan pasangan di atas segala perkara yang berlaku. Pada pendapat anda, anda berada di pihak yang benar dan perlu mempertahankan pendirian anda.

Itu bukan caranya kerana di dalam setiap perhubungan, sudah pasti akan berlaku kesilapan di sana sini. Sebagai pasangan, anda perlu bersedia untuk bersama-sama memikul segala kesalahan yang berlaku.

Jika anda mampu melakukannya, sudah pasti hubungan rumahtangga anda akan terjalin dalam suasana yang harmoni dan romantis. Ini kerana anda bijak untuk mengawal pertengkaran agar tidak terus melarat.

5. "Nampaknya kita sudah keluar dari topik."
Apabila bertengkar seringkali apa yang diperkatakan akan berlanjutan kepada perkara-perkara yang tidak perlu atau bersangkutan. Lebih bahaya jika apa yang dikatakan itu seakan-akan mengungkit kerana ia mampu meremukkan hati pasangan maisng-masing.

Jalan terbaik, segerakan luahan kata-kata ini agar pertengkaran akan kembali ke perkara asal yang harus diperbincangkan. Tiada gunanya membebel untuk perkara yang tidak perlu kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi suasana.

6. "Ini masalah kecil dan kita mampu selesaikannya."
Perkara kecil mampu menjadi besar serta menggugat ikatan perkahwinan sekiranya ianya tidak dikawal dengan segera. Lebih membimbangkan jika perkara tersebut menimbulkan rasa tidak puas di antara pasangan.

Sebelum hal kecil tersebut menjadi lebih besar, apa kata anda berterus terang sahaja dengan pasangan. Ajak dirinya berbincang dan bertanya mengapa perkara tersebut harus berlaku.

Seterusnya cari penyelesaian terbaik kerana sebagai suami isteri hanya anda berdua yang lebih tahu tentang semua perkara yang berlaku di dalam rumahtangga anda.

7. "Kita sebenarnya perlukan masa untuk berfikir."
Ketika bertengkar, kita selalu terbawa-bawa dengan emosi yang panas dan akhirnya akan mengeluarkan kata-kata kesat. Jika anda merasakan anda masih tercari-cari kata-kata yang boleh menyakitkan hati pasangan anda, apa kata anda ambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

Rasanya itu adalah cara terbaik agar pertengkaran yang berlaku tidak berlanjutan. Beri waktu untuk anda dan pasangan berfikir. Tanya pada diri sendiri sama ada apa yang anda lakukan itu betul atau tidak. Hentikan perdebatan dan ajak pasangan anda berbincang pada masa lain iaitu ketika anda berdua tidak dikuasai oleh emosi.

8. "Saya sayangkan awak."
Perasaan marah ketika bertengkar pastinya akan luluh apabila mendengar kata-kata ikhlas daripada anda yang menyatakan rasa sayang kepada pasangan masing-masing. Ia ibarat kalimat sakti dalam pertengkaran. Anda akan menyedari bahawa pasangan anda amat bererti kepada anda dan tidak mahu ikatan yang terjalin musnah hanya kerana sedikit salah faham yang berlaku.

Anda perlu sentiasa positif dan fikirkan bahawa tiada manusia yang sempurna. Maafkan kesalahan pasangan masing-masing jika benar anda masih memerlukannya dalam hidup anda.

PERKARA ROMANTIK KETIKA BERCINTA


Di alam percintaan, kalau boleh semua perkara mahu dilakukan bersama-sama. Jika diberi peluang, sesaat pun anda tidak mahu berenggang dengan pasangan anda. Apatah lagi jika anda masih di awal percintaan.

Namun harus diingat, bukan semua pasangan dapat meluangkan masa yang banyak bersama. Jadi, apa kata anda cuba beberapa aktiviti yang disenaraikan di bawah yang dikatakan mampu memberikan sensasi berbeza kepada jalinan cinta yang terbina.

1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.

2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu membahagiakan serta meredakan tekanan.

3. Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.

4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.

5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.

6. Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.

7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.

8. Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.

9. Jangan sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.

p/s-huhuhuhuhu i like...

Saturday, June 26, 2010

KATA_KATA ROMANTIS!!!!



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.


Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.

Crazy Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan

Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... .

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan...

Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...