L.O.V.A

My photo
ampang, Malaysia
liyxa... aku seorang yg kuat membebel, (bak kate bf aku),seorang yang kelakar, n ske menghappy kan org. x suke pada orang yg hipokrit..paling aku pantang, adakala nye aku panas baran..orang yg kenal aku lame tahu la baran aku mcm mane..x ske benda yg complicated..manja, n ske dimanja kan...ske pegi vacation tmpt yg aku ske pegi of coz la pntai...tenang jiwa aku dow!n mcm2 la mengenai aku nie..mls nak cite lebey2...hhuhu
Showing posts with label Uncleseekers vs Queen Aishah. Show all posts
Showing posts with label Uncleseekers vs Queen Aishah. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Kes Siti Aishah saman Uncle Seekers


http://uncleseekers.blogspot.com/
Maaf, saya tak pergi kemahkamah pun hari ini atas nasihat peguam. Masa Wan Azmir dan Jeremy datang rumah saya tengahari tadi pun, saya masih membuta. He he. Nasib baik Liza dan Yaya tolong masak 'ayam masak lemak cili api, sayur bayam masak air, sambal belacan dan telur dadar' serta meraikan kehadiran mereka berdua tadi. Terima kasih Liza dan Yaya

Disni saya sertakan sms dari Wan Azmir yang ditujukan pada saya pukul 4.14 petang.

"Hari ini pihak2 bersetuju untuk menangguhkan kes untuk dpt sanksi drpd insolvensi...kes akan cuba dilupuskan dgn satu pemohonan ringkas atas isu undang2..tadaaa"

Disini saya sertakan email yang diterima dari Jeremy jam 5.30 petang


Dear Uncle.

Saya hadir di rumah uncle tengahari tadi. Cukup indah permandangan persekitaran rumah uncle.

Uncle pada masa itu sedang beradu, jadi tidak dapat untuk saya maklumkan kepada uncle apa yang telah berlaku di Mahkamah pagi tadi.

Pihak-pihak telah bersetuju untuk melupuskan kes ini dengan menetapkannya untuk hujahan atas isu undang-undang, iaitu sama ada Plaintif, berdasarkan Pernyataan Tuntutannya, mempunyai kausa tindakan terhadap Defendan. Prosiding bagi menetapkan kes ini untuk hujahan atas isu undang-undang ini akan diterajui oleh Defendan selepas peguam-peguam Plaintif dan Defendan mendapat sanksi daripada Ketua Pengarah Insolvensi, dan selepas semua suratcara adalah teratur.

Bagi tujuan memelihara status quo, Mahkamah juga telah membuat satu perintah dalam terma perintah Injunksi ex-parte yang telah dibuat sebelum ini, yang akan berkuatkuasa sehingga pelupusan prosiding hujahan isu undang-undang itu, atau perintah selanjutnya.

Mahkamah juga telah menetapkan 27.1.2011 untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar bagi pihak-pihak hadir untuk mendapatkan arahan-arahan Mahkamah yang selanjutnya.

Terima kasih.

Jeremy.

p.s. Thank you for the most delicious lunch prepared by your 2 lovely assistants. The sambal belacan is unforgettable - and I got Liza to give me the recipe!

Disini disertakan senarai beberapa akhbar yang membuat liputan tentang kes ini. Terima kasih.

1. Bernama - 27 Jan depan sebutan semula kes Siti Aishah saman Uncle Seekers

2. Utusan Malaysia - Sebutan kes Siti Aishah saman Uncle Seekers

3. Berita Harian - 27 Januari sebutan semula kes Siti Aishah saman Uncle Seekers

4.Harian Metro - 27 Januari depan sebutan semula kes Siti Aishah saman Uncle Seekers

5. Mstar - 27 Januari Depan Sebutan Semula Kes Siti Aishah Saman Uncle Seekers

6. NST - Court sets Jan 27 for mention of former Queen's suit

Wednesday, December 15, 2010

CINTA SYYHH.....

From-http://uncleseekers.blogspot.com/

"Cinta Syyhh"

"Cinta Syyhh"

Sepatutnya dah ada dalam pasaran buku ini. Cover buku pun tak buat betul-betul lagi. Semua maklumat dan gambar dah dikumpulkan cuma belum menulis saja. Kalau mahkamah izinkan rasanya 3 hari siap kot! Tapi rasanya Aishah boleh menang 'pusingan awal' 22hb Disember ini untuk menyekat saya dari menerbitkan buku 'Cinta Syyhh'. Bagaimanapun, biarlah peguam saya kendalikan kes ini dan mahkamah buat keputusan yang adil.

Ooops, untuk makluman semua, saya tidak pernah menyuntingsekalipun semua kiriman anda dalam kotak 'comments' tetapi saya mengaku telah memadam 6 komen dalam terbitan lepas yang melibatkan peguam saya saja.

Saya beri kebebasaan sepenuhnya untuk anda masuk 'kerumah saya yang tidak ada geran ini' untuk

1. Meluahkan apa saja pendapat,
2. Mengkritik,
3. Menegur,
4. Mengiklankan apa saja produk/blog anda

tetapi mohon 2 perkara saja.

1. Berilah salam
2. Jangan menabur fitnah, maki hamun dan mencarut (please...)

Tetapi kalau anda masih nak buat sesuka hati dirumah saya ini, tiada apa yang mampu saya lakukan.

Pada pendapat saya (mungkin saya silap), ada juga pemberi komen disini tidak mampu beri kebebasan dalam blog mereka sepertimana saya beri kebebasan pada anda.

Salam

Monday, December 13, 2010

CINTA TERHALANG

‘Cinta Terhalang’ bekas permaisuri Aishah: Kenapa bapa “kunci pintu”-Pak Habib

Kisah cinta kedua-duanya bukan sahaja menarik perhatian pelayar blog juga sedikit sebanyak terkena tempias kepasa Pak Habib amat dikenali di Negara ini lantaran sudah menghasil kan lebih 50 buah buku politik serta menjadi penulis tamu akhbar ini. Seperti biasa ramailah yang memberikan pandangan samada yang menyokong dan banyak juga berbaur dengan fitnah dan sumpah seranah.

Tidak kurang pemimpin tertentu atau orang biasa mempersoalkan apa pendirian Pak Habib dalam soal ini? Adakah Pak Habib mahu mengkomersialkan kisah cinta anak lelakinya? Kenapa Pak Habib membiarkankan anaknya bergambar mesra dengan bekas permaisuri? Kenapa itu dan kenapa ini?

Bagi mengupas persoalan di atas. Buletin Rakyat menghubngi Pak Habib bagi mengetahui isi hati dan pendiriannya sebagai seorang bapa bila anaknya Syed Abdullah dikritik dengan pelbagai tohmahan kononnya mahu mengambil kesempatan bekas Permaisuri Agong. Ikuti temubual ringkas wartawan akhbar ini dengan Pak Habib.

Buletin Rakyat - Bil 117 - 15 Disember 2010 / 9 Muharram 1431

SOALAN(S): Apa pendirian Pak Habib dlam hubungan Syed Abdullah dan Permaisuri Aishah?
PAK HABIB: Kita nak buat apa. Anak saya sudah berumur 44 tahun dan dia tahu memilih yang mana baik atau buruk.

S: Adakah Pak Habib memberi restu?
PAK HABIB: Soal restu saya tiada halangan. Soalnya sekarang siapa mencari siapa? Adakah anak saya mencari Aishah dirumahnya? Aishah dan ibu bapanya terlebih dahulu datang di rumah saya di Janda Baik. Di situ mereka kenal antara satu sama lain.

S: Kalau pasangan ini tekad mahu bernikah apa pendirian Pak Habib?
PAK HABIB: Jangan tanya saya tetapi pergi tanya bapa Aishah (Abdul Rahman) sebab dia yang akan mewalikan pernikahan anak perempuannya. Anak saya lelaki. Dan saya bukannya wali jika anak saya mahu berkahwin dengan sesiapa pun. Lebih baik u pergi tanya bapa Aishah sama ada dia restu atau sebaliknya. Kenapa tanya saya? You kena pergi tanya bapa Aishah kenapa dia kunci pintu dan kunci nafsu anaknya? Kalau dia (Abdul Rahman) buka pintu ramai orang datang merisik dan bertanyakan (meminang) anaknya. ini dia kunci pintu dan kurung anaknya. Bagaimana orang nak datang?

S: Yalah, ramai yang mempersoalkan tentang kisah cinta ini. Ada juga yang bertanyakan apa tindakan Pak Habib yang seolah-olah membenarkan anak lelaki bercinta dengan bekas Permaisuri Agong?
PAK HABIB: Itulah yang saya kata tadi, jangan kaitkan kisah cinta anak saya dengan saya. Bukan anak lelaki saya yang cari Aishah. Kalau you berani tulis sebut kisah cinta mereka ini bagaikan kisah cinta Nabi Yusof dan Zulaikha. Siapa mahukan siapa? Dan siapa tarik baju siapa? Kita kena teliti sendirilah. Soal jodoh, rezeki dan maut adalah di tangan tuhan. Siapa pun tak boleh halang. Sudah ditakdirkan anak saya Syed Abdullah bertemu dan bercinta dengan Aishah, saya nak buat apa? Ini soal cinta. Takkan saya nak halang? Kedua-dua manusia ada hati dan perasaan. Kebetulan anak saya duda dan Aishah janda bukannya bercerai hidup tetapi bercerai mati. Bukannya aishah isteri orang. Ini semua Allah S.W.T yang aturkan, orang nak kata apa? Masing-masing sudah sayang.

S: Yalah, melalui blog Syed Abdullah ada dinyatakan dia sudah pun mempunyai wanita lain yang disayanginya:
PAK HABIB: Sama ada dia mempunyai wanita lain disayangi itu perkara lain. Ini soal cinta Syed Abdullah dengan Aishah. Kenapa bapanya tutup pintu? Kalau dia buka pintu terserahlah orang orang nak merisik, meminang dan sebagainya. Macam mana orang nak lamar anaknya kalau bapanya kunci pintu.


S: Dalam soal ini seolah-olah Pak Habib disalahkan kerana kononnya tidak menasihatkan Syed Abdullah? Termasuk yang menympah seranah anak Pak Habib?
PAK HABIB: memang saya dengar ramai yang menyalahkan dan bertanya saya. Soalnya disini anak saya tak bawa lari Aishah nikah di Tai Bak atau Siam. Kalau anak saya bawa lari anak gadis orang barulah boleh cari atau tanya saya, abahnya. Anak saya membuat pengakuan ikhlas pasal kisah cintanya adakah salah? Aishah itu ada perasaan, ada nafsu, masih muda dan cantik pula. Kenapa kita nak halang buat kerja-kerja baik ini? Kita nak kurung anak kita buat apa? Kenapa Allah jadikan Adanm dan Hawa kita kena bacalah. Siapa berani halang jodoh Tuhan?

S: Tidak kurang yang mempersoalkan kenapa Syed Abdullah dedahkan kisah cinta dan gambar-gambar dirakamkan dengan Aishah sebagai tatapan umum?
PAK HABIB: Mana saya tahu. Saya tahu mereka bercinta pun selepas tersiar cerita dalam blog dan orang bercerita pasal hal ini. Dia tak cerita dengan saya. You kena Tanya Syed Abdullah lah kenapa dia siarkan kisah cintanya dalam blog? Ini rahsia dia…. Mana saya ada masa nak fikirkan soal Syed Abdullah. Dia dah 44 tahun tak kan saya nak mencampuri urusan peribadinya. Anak saya bukan Uncleseekers (Syed Abdullah) seorang. Saya ada 10 anak, sembilan cucu dan 2 cicit nak saya fikirkan. Itu tidak termasuk anak-anak angkat seluruh Negara yang memanggil saya ‘abah’.

S: Benarkah Aishah ditempatkan dalam sebuah kondominium serta dikawal rapi dengan cctv jika mengikut apa yang ditulis oleh Syed Abdullah?
PAK HABIB: Memang benar. Kalau mahu Tanya pasal cctv tu denagn lebih lanjut Tanya bapa Aishah. Saya difahamkan begitulah.

S: Pernah Pak Habib berjumpa dengan Dato’ Seri Abdul Rahman?
PAK HABIB: Ada beberapa kali tetapi sebelum kisah cinta mereka tersiar. Saya kenal pun semasa dia dan isterinya membawa Aishah ke rumah saya di Janda Baik. Selepas itu tak jumpa lagi.

S: Apa yang dibualkan?
PAK HABIB: Kita bual biasa.

S: Bagaimana denagn Datin Seri adakah merestui hubungan anaknya dengan Syed Abdullah?
PAK HABIB: Emaknya okey. Tak ada masalah. Saya pun pernah jumapa emak Aishah.

S: Adakah Syed Abdullah akan berkahwin dengan Aishah?
PAK HABIB: Itu you kena Tanya bapa Aishah. Suruhdia buka pintu. Jangn kunci anaknya. Bagi pihak saya, tak ada masalah. Anak saya pun bukannya kecil lagi. Sudah ada menantu dan cucu. Kalau anak saya mahu baut kerja-kerja yang tidak betul. Dia tidak akan dedah kisah cinta ini dalam blog dia:-

Saturday, December 11, 2010

BENARKAH

Fauziah Latiff (Gee) Bercinta Dengan Uncle Seekers?


Sedang hangat kisah pasal Uncle Seekers dan cinta syyy nya dengan bekas permaisuri Agong, timbul pulak kisah Uncle Seekers ada hubungan cinta dengan Fauziah Latiff atau Gee. Eh! bior bonar nih? betui ke? Kira hebat betui le uncle ni sekejap bekas permaisuri Aishah pastu Fauziah Latiff pulak.
Dalam agenda daily, uncle ada memberi kenyataan apabila ditanya betul ke dia dan Gee bercinta?
Syed Abdullah/ uncle kedengaran ketawa berdekah-dekah sambil berkata pula: “Gee dengan adik saya Hadi…. Bukan dengan saya. Sabtu ni adik saya balik (dari kembara keliling dunia). Nak jadi adik ipar kan…kenalah abangpun baik dengan Gee,’’.
Sebenarnya ramai yang terkeliru apabila dia telah menyiarkan gambar mesranya dengan Fauziah. Ramai yang menyangka penyanyi yang berstatus janda itulah ‘ sayang’ yang dimaksudkan.
Syed Abdullah berkali-kali menjelaskan dia sudah mempunyai ‘buah hatinya’ sendiri, seseorang yang amat memahami keadaan yang dilaluinya kini termasuklah hubungan dengan bekas Permaisuri Agong dan Fauziah.
Dalam tulisan terkininya di blog uncle seekers, uncle ada mengucapkan terima kasih kepada ‘sayangnya’ dengan
berkata” Terima kasih kerana memahami Abang.I love you so much. Ada jodoh kita ijabkabul tahun hadapan dan
kepada Gee pula dia mengungkapkan: “ Anda adalah sahabat karib saya. Kalau jadi adik ipar Uncle pun best gak (kalaulah)…”
Uncle masih sembunyikan siapa ‘Sayang’ yang sering dia sebut dalam tulisan di blognya, ternyata uncle dahmenafikan ‘sayang’ itu ialah Gee.

20 SAKSI, 5 PEGUAM : KES BEKAS PERMAISURI AISHAH SAMAN UNCLE SEEKERS


KUALA LUMPUR: Pengkaji paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas akan mengemukakan sekurang-kurangnya 20 saksi bagi menghadapi saman bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman di Mahkamah Tinggi Temerloh nanti.

Syed Abdullah yang lebih dikenali sebagai Uncle Sekers juga akan menyediakan lima peguam handal bagi mempertahankan tindakannya.

Kelima-lima peguam itu dianggap menepati konsep 1Malaysia iaitu tiga lelaki Melayu, Cina dan India serta dua wanita Melayu dan Cina.


Media sebelum ini melaporkan Uncle Seeker tidak gentar menghadapi saman itu dan bersedia mempertahankan tindakannya.

Bekas Permaisuri itu selaku plaintif memohon perintah injuksi melarang Syed Abdullah sebagai defendan pertama dan ayahnya, Syed Hussein al-Attas (defendan kedua) daripada mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog, surat khabar atau wakil mereka sebarang maklumat semasa menerima ‘rawatan’ daripada defendan.

Sebutan kes ini akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Akhtar Tahir pada 22 Disember ini.

Semua saksi yang akan dikemukakan itu dikatakan turut berada dalam beberapa pertemuan bekas Raja permaisuri itu dengan Uncle Seekers.

Saksi-saksi itu sedia menjelaskan kepada mahkamah bahawa pertemuan bekas Permaisuri dan Uncle Seeker itu diadakan bukan dalam suasana rahsia.

“Semua pertemuan bekas Permaisuri bersama Uncle Seeker selama menjalani rawatan itu turut ditemani beberapa saksi seperti pengurus dan jurukamera. Inilah yang akan dijelaskan pada mahkamah nanti.

“Ini bererti pertemuan bekas permaisuri dengan Uncle Seeker itu bukan satu rahsia,” kata sumber itu kepada Warta Perdana.

Kisah ‘percintaan’ membabitkan bekas Permaisuri itu menjadi gempar apabila beberapa blog di Internet menyiarkan pengakuan Uncle Seekers dalam blognya.

Sehubungan itu, Pengasas dan Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Omar Din Mauju menggesa pihak berkuasa bertindak menyekat penyebaran gambar dan cerita ini kerana ia membabitkan seorang bekas Raja Permaisuri Agon