L.O.V.A

My photo
ampang, Malaysia
liyxa... aku seorang yg kuat membebel, (bak kate bf aku),seorang yang kelakar, n ske menghappy kan org. x suke pada orang yg hipokrit..paling aku pantang, adakala nye aku panas baran..orang yg kenal aku lame tahu la baran aku mcm mane..x ske benda yg complicated..manja, n ske dimanja kan...ske pegi vacation tmpt yg aku ske pegi of coz la pntai...tenang jiwa aku dow!n mcm2 la mengenai aku nie..mls nak cite lebey2...hhuhu

Sunday, June 27, 2010

TWILIGHT...

Twilight adalah satu cite feveret aku. Jalan cerita nye sgt terbaek bg aku..salah satu sbb aku suke tgk cite nie sbb Jacob Black sgt ensem lol..hahahahaha...best sgt, sgt, sgt cite ni...x sbr nak tunggu TWILIGHT yg ketiga plak..TWILIGHT eclipse...yg lps nye TWILIGHT pown aku da tgk da.sanggup aku download n cari dvd cite nie....mmg best giler..TWILIGHT saga dan TWILIGHT new moon...korang tgk la sendiri pelakon-pelakonnya ensem2 n cantik2 kot...bg aku x rugi layan cite if kite tgk kat panggung....hahahhahahha
Bella swan.. Edward cullen..
Jacob black..Alice cullen..
Rosalie hale..
Jasper hale..Emmet cullen..
Carlisle cullen..
Esme cullen..
The wolfpack..
Victoria..
The Newborn..
Charlie swan..
Bella's friends..
















Saturday, June 26, 2010

KATA_KATA ROMANTIS!!!!



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.


Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.

Crazy Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan

Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... .

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan...

Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...


SELINGAN...


sesungguhnya ALLAH tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.. (ar-rad-ayat 11)

Friday, June 25, 2010

JAIPONG...


hahaha..mesti pelik kan...kalo org baya2 aku nie mesti suke dgr lagu rnb la, trance la..tp aku x, aku suke sgt dengan muzik indonesia. JAIPONG....asyik bangat...cbe korang layan...kalo ade maslh mesti aku dgr lagu nie..tenang jiwa aku...muzik nye syahdu skali..aku ade blaja gak tarian nye...hahaha klaka giler..mmg klaka..sampai kwn2 aku soh aku manari jaipong.

APA ITU JAIPONG..

Jaipongan, juga dikenali sebagai Jaipong, adalah tarian tradisional Hangat dari orang Sunda, Jawa Barat, Indonesia. Tarian ini dicipta oleh Gugum gumbira, berdasarkan muzik tradisional Sunda Ketuk Tilu dan Pencak Silat gerakan.
Pada tahun 1961, Indonesia dilarang Presiden Sukarno rock and roll dan genre muzik Barat yang lain, dan mencabar musisi Indonesia untuk menghidupkan kembali seni adat. Nama Gugum gumbira memuat cabaran, dan belajar tari dan muzik festival pedesaan selama dua belas tahun. Jaipongan, atau Jaipong, adalah hasil yang paling popular dari ruang kerjanya, berasal dari pembaharuan muzik ritual desa bernama ketuk tilu, dengan bergerak dari Pencak Silat, seni bela diri Indonesia, muzik dari teater bertopeng tari Topeng Banjet, dan Wayang wayang golek teater.

Dalam ketuk tilu asli, kumpulan biasanya terdiri daripada tilu pot-gong ketuk, gong kecil yang lain, sebuah rebab (spike fiddle), drum barel, dan penyanyi-penari wanita (ronggeng) yang seringkali juga seorang pelacur, yang mengundang laki-laki untuk berdansa dengannya sensual. Gugum memperluaskan drum bahagian sebagai sebahagian dari sebuah orkestra gamelan bandar, mempercepatkan muzik, redefined penyanyi hanya sebagai penyanyi (sinden), dan muncul dengan nama onomatopoeic catchy. Banyak yang menganggap pendengar muzik yang sangat kompleks, dengan irama dinamik yang tampaknya bertanggung jawab untuk mengubah secara rawak.

Jaipongan debutnya pada tahun 1974 ketika Pak Gugum dan gamelan dan penari pertama dilakukan di depan umum. usaha kerajaan untuk menekannya sporadis kerana amoral yang dirasakan (warisan beberapa sensualitas ketuk tilu) hanya membuatnya lebih popular. Ini bertahan bahkan setelah Indonesia rasmi melarang muzik pop asing dilantik selepas beberapa tahun, dan menjadi trend pada 1980-an. Sejak pertengahan 1980-an jaipongan pentingnya sebagai tarian sosial telah memudar, namun tetap popular sebagai tari panggung, dilakukan oleh perempuan, pasangan campuran atau sebagai solo.

Btol korang dgr la lagu nie...mesti korang rase layan sgt n tenang jiwa..tue pown kalo korang memahami la...hahhahah..pape pun i love jaipong..terbaek wook!



PENJARA PUDU DALAM KENANGAN!!!!.1895-2010

Penjara Pudu di Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan.

Blok-blok baru kemudian ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah.

Pudu Prison KL Aerial.jpg

Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah. Yuran masuk ditetap pada RM12 setiap orang dewasa.

PUNCA PENJARA PUDU DITUTUP

---LUANGKAN LAH MASA ANDA UNTUK MENGHAYATI KISAH MISTERI DI SEBALIK IBUKOTA KUALA LUMPUR.....

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu.Hanya boleh disebarkan pd org2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat 1 bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya Berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR" adalah krn dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada Keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorg diri & berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yg lalu. Mereka menjadi begitu krn dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yg telah diketahui mereka.

Menurut kata warden2 yg masih ada di Penjara Pudu bila proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara org menangis & bermacam2 lagi dari Bilik Terakhir tersebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yg terlihat seekor kambing hitam sering masuk Menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan Kambing keluar semula. Ramai bomoh & pawang yg dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yg sering kedengaran diwaktu mlm dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yg mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pd suatu mlm Jumaat ketika hujan renyai2 seorg warden telah ditugaskan mengawal kawasan yg berhampiran dgn "Bilik Terakhir" itu.

Ketika sdg berkawal kira2 lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sdg berlari2 berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri utk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dlm kesamaran seekor kambing hitam sdg menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh krn ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

P/S: CERITA INI BERSAMBUNG!!!!hahahhahah


13 tip erat persahabatan...


1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tdk menyenangi sikap teman2 di sekelilingmu. Cuba berbincang & berterus terang agar masalah yg membelengu dirimu aka selesai & jgn meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas & jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu & sudah tentu org lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami & tdk berprasangka buruk adalah resepi utama dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baikmua menyinggung perasaanmu. & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting utk membina sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya org lain yg perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tdk adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu ama lain. Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu & mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yg mulia?

11. AMBIL BERAT
Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar & tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit bebanyak masalah yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselasaikan!

12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati. W/pun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak & kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dgn bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.

13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yg berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih sling mengenali & memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah & bermaaf-maafan agar kekeruhan yg melanda akan jernih semula...

Thursday, June 24, 2010

FRIENDSHIP NEVER END!

SELINGAN...

Jangan kamu kahwin kerana kejelitaan nya. Mana tahu kejelitaannya itu boley memburukkannya. Jangan kamu kahwin hartanya kerana boleh menjadikannya zalim.. Akan tetapi kahwinlah atas asas keagamaannya. Hamba yang cacat telinga atau hidungnya tetapi beragama itu adalah lebih baik baginya. amin

HADIS RASULLAH...

part of my life!


EN AZIZ DAN PUAN BIBAH


abah ng mak korang la raja dan ratu dalam hati et...et syg abah ng mak sesgt! kalo abah ng mak xde et akan rase kehilangan sesgt!!!mmmm, et janji et xkan sakit kan hati abah ng mak lg. et janji!!! et tahu et bnyk nyusahkan hati abah ng mak...et mintak maaf sesgt nie..Abah ng mak terima kasih kerana menjaga n mendidik et sampai ke tahap ini..mungkin tidak terlewat utk et ucap kan SELAMAT HARI BAPA N SELAMAT HARI IBU
untuk mak ng abah k....ET SAAAAAAAAAAYANG korang sesangat!!!













WHATEVER!!!


hmmmm....kami couple yg giler.ye la kwn2 aku ckp bf giler aku pun giler..hahhahah..bf kate aku poyo je buat blog cengini...ah biar la.WHATEVER!!..huhuhu....aku harap sgt yg tiada org ketiga dlm hbgn kami ni ye..amin... tp sejak akhir-akhir nie ade je yg x kene...ke aku yg pk bukan2..hmm ntah la..pape pown d syg b sesgt....walaupun b nie rmbt kerinting.....giler ah....aje ke jiwang aku nie...walaupun ade perbezaan umo tp kami saling memahami..memahami ke...WHATEVER!!sbnrnye aku ng banyak perbezaan dr segi pendapat dengan die....tp WHATEVER apaadahal..ada aku kesah kan...bnyk yg nak menjatuhkan kan kiteorg tp WHATVER!! hahaha..SUMPAH hanya b dihati d k...WHATEVER!!!.aku sedey la kekadang aku nie yg bnyk menyusahkan die...aku syg kat die sbb kami susah senang bersama..tue la apa yang org nak ckp, aku ckp WHATEVER!!!btol x adeek, mona..hahhahaha..