L.O.V.A

My photo
ampang, Malaysia
liyxa... aku seorang yg kuat membebel, (bak kate bf aku),seorang yang kelakar, n ske menghappy kan org. x suke pada orang yg hipokrit..paling aku pantang, adakala nye aku panas baran..orang yg kenal aku lame tahu la baran aku mcm mane..x ske benda yg complicated..manja, n ske dimanja kan...ske pegi vacation tmpt yg aku ske pegi of coz la pntai...tenang jiwa aku dow!n mcm2 la mengenai aku nie..mls nak cite lebey2...hhuhu

Wednesday, February 23, 2011

BORA-BORA ISLAND....

"Most beautiful Island In The Planet..."
SALAM..
BORA-BORA ISLAND ...argggghhh kagum sungguh aku tgk pantai nie..biler la agak nye aku dapat pegi kan..alahai...mimpi je la...


Tgk la ye pic bora-bora island nie..alahai ...nak pegi, nak pegi...mmg cantikk sungguh tempat nie..aku rase if aku pergi sumpah aku x nak balik...














CANTIK dan INDAH kan PULAU BORA-BORA @ BORA-BORA ISLAND nie...
Hati aku da kat sane, baring-baring tepi pantai gitu..hahahhaha.."angan-angan je la ye."

SEKIAN.


Monday, February 21, 2011

SYURGA DI BWH TELAPAK KAKI IBU....

Salam...

Tersentuh hati perempuan aku biler aku tgk video ni. aku menangis, aku menagis dan menangis....mmg tacing lah...baru aku sedar mcm tue kalo mak aku tunggu aku balik, tp aku x balik..MAK et mintak maaf!!
Wahai kwn-kwn ku sekalian, hargai lah, mak, ibu, bonda, mama, mummy, umikorang..sayangi lah mereka..jgn sesekali abai kan mereka,n jgn sesekali biarkan airmata mereka menangis kerana kite. Mereka mmg amat berharga untuk insan yang bergelarANAK!!!
Kasih syg yang mereka berikan sungguh berharga..
Jangan la biler mereka sudah tiada lg di dunia ni, baru korang tahu insan yang bernama mak, ibu, bonda, mama, mummy, umi amat penting dlm hidup kite kan..baru la kite nak menangis..tlg lah hargai mereka..


1) Kos mengandungkan ku selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

3 yrs old "Mommy, I love you."
13 yrs old "Mom, whatever!"
16 yrs old: "My mom is so annoying!"
18 yrs old "I wanna leave this house."
25 yrs old: "Mom, you were right"
30 yrs old "I want to go back to my Mom's house".
50 yrs old: "I don't want to lose my mom."
70 yrs old: "I would give up EVERYTHING for my mom to be here.....with me."

You only have 1 mom.
Like this if you appreciate
& love your mom!

"kata-kata mak; mak rindu sgt dekat adik ng along..ampun kan mak..
MAK x bersalah adik ng along yng berslah..."
argh tacing siot..

MAK.

ET rindu kan mak sesgt!!!

"Kau lah satu dlm berjuta dan kaulah ratu hati ku"

SAYANGI DAN HARGAI LAH INSAN BERNAMA MAK, IBU, BONDA, MAMA, MUMMY, UMI...

SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU...


SEKIAN.

HAPPY ANNIVERSARY SYG...

LOVE U SAYANG..
Deep in my heart I'm concealing, Things that I'm longing to say,Scared to confess what I'm feeling,Frightened you'll slip away

Hari ni 22 FEBRUARI 2011, Genap 3 tahun perhubungan aku ng bf aku, SHAHRIL YUSUF, x dpt nak digambar kan perasaan aku mcm mane, pejam celik pejam celik da 3 tahun..mcm-mcm dugaan yang aku tempuh dengan die. gado baik gado baik, Ade sekali tu sampai CLASH, tp tuhan tue maha adil, die x nak kiteorg berpisah, then kiteorg smbung balik..hehehe..Aku syg die sgt-sgt. Susah senang kiteorg, hanye kiteorg yg tahu..
Kiteorg bukan x nak kawen? tp biar la masing-masing MATURED dalam hbgn kiteorg, baru la pk kawen, x nak la nnti da kawen ade mslh dlm perhubungan suami isteri tue kan..biar la kiteorg tahu erti PERHUBUNGAN dalam PERKAHWINAN tue mcm mane..n kiteorg btol2 ready...

B da 3 tahun perhbgn kite nie, d harap xde la ape2 maslh lg k..d syg b, d x nak sia-sia hbgn kite 3 tahun nie..Ape-ape mslh kite try untuk SOLVE k..

Nway
HAPPY ANNIVERSARY SYG..
“I have a pair of eyes, but can’t always see you.I have a pair of hands, but can’t always protect you.But I have a heart, that always prays for you”


CAHAYA CINTA..

Dia telah telah menentukannya
Dita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu

Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga....


SEKIAN

Saturday, February 19, 2011

PELIK TAPI BENAR, WUJUD ATAU TIDAK.(POKOK NAREEPOL / NAREEPOL TREE)

Salam...

Pelik tapi benar....dok aku klik sane, klik sini, tetibe aku ade terbkk satu gambar kat internet satu pokok yang sgt pelik aku lihat.x penah jmpe pun.mmg pelik kot...pokok nye x pelik, tapi buahnye yang pelik...bentuk buah tu sebijik body pompuan...pelik kan...tp benar...benar ke??maybe korang penah tahu kot pasal pokok nie, cume aku saje nak share ng korg yg x pnh tahu psl pokok nie....

Pokok ni dinamakan "NAREPOL" dalam bahasa THAI, NAREE bermaksud "gadis/wanita" dan POL bermaksud "pokok"..so name nye pokok WANITA la, wanita pown ade pokok kan...hehehhe..TERBAEEKKKK!!!

Nareepol Tree, kononnye terletak dekat Petchaboon, Bangkok,. Kononnye ade buah yang menyerupai susuk tubuh wanita yang tengah menutup anunya. Disebabkan pokok ni ajaib giler, so ramai pengunjung dari luar negara datang kat Bangkok semata-mata nak cari pokok ni..
Dari info yang aku bace, mase buah nie kecik die berbuah seperti biasa je..biler da besar terjadi bentuk tubuh wanita... Kalo betol wujud nye pokok dan berbuah seperti bentuk tubuh wanita, ciptaaan tuhan selalunya indah dan melambangkan betapa bijak Penciptanya tu. Bukankah begitu kengkwn ku ? ..cume kite sebagai manusia nak percaya ataupun tidak terpulang lah....
Kalo pk bbtol manusia nie kan kreatif, maybe mase buah nie nak membesar, dorg letak dlm acuan nak jd kan mcm2 bentuk, bentuk muke aku boley, bentuk muke korang pown boley..hahahhaa

Aku jenuh tenung pokok nie lelame..gelihati pown ade, pelik pown ade, takot pown ade..heheheh...
PELIK tp BENAR, WUJUD atau TIDAK pokok ni pown aku x tahu...korang perhati n lihat la bbtol pic pokok ni k...







Nak tahu dengan lebih lanjut psl pokok nie, (klik kt sini)

SEKIAN


Kesatlah Airmatamu Wanita




Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi.....idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.

Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

"Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.

"Waalaikumusalam," jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.

"Ain buat apa dalam bilik ni? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi."

Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan 'abang' dari bibirnya.

Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai 'buah hati' nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.

Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.

Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. "Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan?" ujarku.

"Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye?" Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.

Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama.

Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

"Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.

"Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.

"Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu.

"Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya."

"Insya Allah abang....Ain sayangkan abang."

"Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang."

Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.

Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.

Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'.

Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik!

Ahhh....dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.

"Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu."

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.

Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.

Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.

Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.

Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.

"Ain baik, cantik. Abang sayang Ain." Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.

Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.

Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.

"Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain."

"Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. "Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?

"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka.

"Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.

"Ain......abang.....abang nak minta izin Ain......untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

"A.....Abang.....nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang.

Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.

Tanpa bicara, dia mengangguk. "Dengan siapa abang?" Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi....hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.

"Faizah. Ain kenal dia, kan?"

Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.

Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.

"A....Abang......Apa salah Ain abang?" nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.

"Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain."

"Tapi....Faizah. Abang juga sayang pada Faizah....bermakna.....sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi."

"Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud fitnah antara kami."

"Lagipun....abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu."

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?

Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.

Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.

Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.

Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.

Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.

Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?

Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian.

Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.

Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.

Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.

Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?

"Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu." Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.

Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah?

Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atas ku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.

Biarlah... Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.

Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.

"Ain?......Ain serius?"

"Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.

Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.

"Izah......akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak
cakapkan," setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.

"Apa dia, Kak Ain. Cakaplah," lembut nada suaranya.

"Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?"

"Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.

"Pernah dia cakap dia sukakan Izah?"

"Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni?"

"Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita......." Aku terdiam seketika. "Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?" Dengan amat berat hati, aku tuturkan
kalimah itu.

"Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. "Apa yang Kak Ain cakap ni? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain," kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

"Tidak Izah. Akak tak bergurau......Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.

"Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang......Ustaz Harris.....mahu... melamar saya?"

Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.

Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.

"Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak. Matanya ku lihat berkaca-kaca.

"Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang
Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain."

"Kak...maafkan Izah." Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam elukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.

"Jadi...Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda.

"Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain."

"Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak Ain...Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `'

"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu."

"Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah."

Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.'

Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang.

Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.

"Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari,
beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.

"Kenapa?"

"Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang....malu dengan Ain."

"Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `'

"Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini.
Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain."

"Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin."

"Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.

Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya.

Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru.

Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman
bermainku.

Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.

"Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya lembut.

"Ain rindu abang. Rindu sangat." Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.

"Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang?" Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.

"Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain?" Aku menduga keikhlasan bicaranya.

"Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang."

Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.

Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati.

Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.

Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-akan kasih sayangku padanya.

Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.

Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi 'ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh...anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.

Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi..... ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami.

Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w

"Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.

Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.

kredit-http://www.tentangcinta.com

SEKIAN


Friday, February 18, 2011

KEMAAFAN SUNGGUH BERNILAI HARGA NYA...

Salam...

Semalam 19/02/2011 aku kuar lpk2 minum dengan sahabat-sabahat ku...merangkap 2nd family aku, hehehe..yang ada MONA, BOY, PAKLAH, n ADAN..lepak di NZ KLCC...bnyk benda yg kiteorg bincang kan untuk projek yang akan datang..mudah-mudahan menjadi amin..Dalam kol 3 lebey manusia-manusia mula ramai, biasalah manusia-manusia baru balik berjimba..hehehee..pening aku tgk gelagat manusia-manusia kat situ...alahai~~

Hurm dipendek kan cite..aku tgk jam da dkt pkl 5..aku pown x larat, then ajak dorg balik...dan beransur lah kami...
Aku sampai umah dlm kol 5.15..biasalah benda 1st tros aku tuju ke PC aku..biasalah xde benda lain, facebook, facebook dan facebook..tetibe aku teringat kat uncle, die gelar aku HANTU FACEBOOK....kelaka kan...
aku tgk chat list aku..PAKLAH da online..
aku tanye die.

"cepat paklah sampai".

Paklah teros jawab,

"biasalah pemandu iswara tp bwk mcm pemandu F1..

heheheh..paklah nie terkenal diantara kiteorg dengan lawak yg gila-gilanye, Lupe nak bag tahu, Paklah nie adalah ahli kumpulan CECUPAK (klik),-paklah jgn marah ha.saje nak promote Paklah..hehehe...


Sebenarnye aku bukan nak cite pasal Paklah pon...aku sambung cite balik eak..Ok aku check chat list aku lg...aku tgk ADAN..cepat btol die sampai...katenye nak g tgk ******..(sory terpakse di ** bahaya..)hehehe...aku pown ape lg mcm biasa tegor die.

"da smpai"

adan trus jawab,

"sampai mane?,
adan kuar ke??
u ni sape???"

aku pown pelik la, aku balas,

"aiks???..

adan pown jawab,

"ape aiks??, u ni sape ha?? adan kuar jmpe u ke??

kepala hotak aku terus berfikir, ah ko nak main-main kan aku ek...ingat aku x tahu, kantoi kot die kumen2 ng pklah..last aku jawab.

"nak main-main kan aku kan,,ok!!"

tue je aku jwb, then aku dpt kol dr die, aku mmg x nak angkat sbb aku sakit hati, ye la aku risau kat die,drive sensorg balik rawang..then die nak kene kan aku...sorry la ye.!!

die tegor aku lg kat chat..die memainkan aku lg..ingat aku x tahu permainan die....awek kunun?awek pun xde..hehehehe

"hey! baik u ckp bbtol nan i,
sape u nie?
tetibe ckp da sampai,
ptt la i kol boy i, x angkat2,
rupe-rupenye die kuar nan u ye???
ckp da bape lame u kenal adan???
hello???
hah! kan da kantui??
taw x nak!!

Dalam hotak aku adan..adan..perangai bdk2 ko nie mmg saje buat aku sakit hati kan..
aku dpt msg dr die...

"wea, apasal ckp kat IM..Ptt la awek aku memekak, ckp ko sape???haduiii!!
ceh awek ek..!!
aku x balas lansung msg die..aku sakit hati!!mcm la aku xtahu la PERMAINAN ko adan...Dah la..die kol aku, mmg saje aku reject sbb nak die tahu aku sakit hati sesgt....Aku da geram sgt time tue..Then aku tros tulis kat status FB aku "KO NAK MAIN-MAIN KAN AKU KAN, INGAT AKU X TAHU KE??SORRY LA BEB!!, x tahu la aku mmg sakit hati sgt!!

Aku dpt msg yg same dr die lg...

Then aku tergerak nak balas,

" x payah la dan nak main-main kan aku,
aku bukan bbdk beb,
nak main kan org lain x pe"

Die terus jwb...

"aiks....mara...mcm ayat tacing je??

aku jawab la...

"bukan tacing tapi marah sgt!!! k lah aku xde mood!!

die pown jawab

"k bye"

Perghhh lg bertambah sakit hati aku...xde rase bersalah pung!ape punye org la..
Lg sakit hati biler tgk Status Fb die..(alamak aku x ingat la plak??tp if korg smpt bace, mmg lg sakit hati...
.then aku tgk kat chat list aku...boy (merangkap ustaz diantara pertelagahan kiteorg pg td)hehehe..aku mengadu la ng die....

Dipendek kan cite boy la penyelamat kiteorg...kalo x mesti aku ng adan confirm x bertegor nye..Thanks boy..(klik)

Atas nasihat boy, die suruh aku padam Status fb aku...then die soh aku tulis
"Moga sinarnya saujana, selamat pagi semua"..
aku paham maksud boy tue die nak tgk kami berdamai...thanks sesgt boy...

Aku mls nak pk, aku pown upload pic mase lpk td...aku upload pic die skali...trus die tekan 'like', aku juz gelak je...then x lame lps tue, die kumen "IM SORRY"..aku x ckp pape pown..aku senyum je...(x perlu kata apa-apa, senyum)

Pastu aku layankn hobi aku yg lain if da bosan ber facebook aku main game kt internet...tgh kusyuk aku layan game..tetibe aku dpat msg dr die..

"sorry"

HUrm aku pown x pk panjang..aku trus jwb...

"aku semenjak dua menjak ni mmg xde mood..lg ko buat mcm tue lg la aku marah,lain kali jgn buat mcm tue lagi..aku risau kat ko, drive jejauh ng xde lesen mcm tue, sensorg lg, tp kene plak mcm tue, ingat jgn buat lg k...aku pown mintak maaf.

Die pown jawab..

"adess aku gurau je la..hmmm ko kate ko kenal aku, aku ni kan mane ade awek??adoyyy..
ye aku tahu, aku slah.soryy sesgt..

ye aku kenal ko la, sbb tue la aku mrh ko main-main kan aku,mmg aku tahu bukan awek ko pon...sbb kantoi ko kumen2 ng paklah kat FACEBOOK..

aku jawab msg die...

"setiap manusia x lari dengan kesilapan...ok la aku nak layan mata jup, nak main game.."

ending cite nie, nak bergurau ade batas nye k..ye la aku risau kat die..die drive sensorg dr rawang..ng xde lesen lg..kakak mane yg x risau kan...pastu die kene kan plak...lg la aku melenting + marah + xde mood lg..da la sejak akhir-akhir ni mood aku x menentu(nak piyet kot..opppss!!biasalah pompuan)...lg die buat mcm tue lg la aku cpt marah..
Now da ok pown..take a easy...


Nway thanks a lot to abg..yg settle kan prob kami nie k....aku akan kenang jase ko bang~

mona sahabat ku yang ku syg...




Ingat adan lain kali jgn buat lg k..aku syg ko as adik aku....
ADAN THE NOTTY BOY!!

Buang yang keroh ambillah yang jernih..

SEKIAN


SELAMAT ULANGTAHUN ABAH..


ABAH...

ABAH
tiada kata indah untukmu
melainkan lafas aku sayang padamu
tapi aku takut
takut melihat pandangan matamu
takut melihat wajah seriusmu
namun
aku dapat melihat akan kesedihanmu
sedih melihat kerenah anak-anakmu
Sedih melihat perjalanan hidupmu.

Abah
kau sentiasa di hatiku
pesananmu sentiasa di mindaku
nasihatmu sentiasa di jiwaku
amanahmu sentiasa di hati putihku.

Abah
kaulah idolaku
kaulah yang satu
dan tak mungkin bertukar ganti.

'
selamat ulangtahun abah, et doakan semoga panjang umur dan murah rezeki, terima kasih kerana membesarkan et tanpa cacat cela nya sehingga et dewasa nie(da 26 tahun da), sesungguh kasih syg yang abah berikan sungguh berharga, et syg abah sesgt...n terima kasih kerana sabar dengan kerenah et yg degil nie..et syg abah dunia dan akhirat.x terungkap dengan kata-kata.et syggggggggggggg abah sesgt.abah la HERO et!!
abah RAWK!!hehehe
I LOVE U VERY STRONG!!!!

Terima la cake yg x seberapa ni ye abah..ni je yg et mampu...

Abah ng mak...


SEKIAN..

Wednesday, February 16, 2011

PEMBERSIH PERIBADI WANITA

DULU “MANJA” SEKARANG “RINDU”
Kini produk “Manja” Feminine wash muncul kembali dengan jenama baru
“ RINDU” Feminine Wash.

Salam...

Kepada wanita-wanita n girl-girl diluar sane kali aku nak promote n share produk ni kat korang...Gunakan lah produk ni, mmg bagus sesgt untuk kebersihan luaran dan dalaman kite sebagai seorang wanita..Aku pown guna produk nie..mmg best la...caya lah..hehehehe.

Pembersih Peribadi Wanita RINDU nie membersih kan bahagian intim kite (wanita) dengan kesan kesegeran berpanjangan...BAU nye mcm STRAWBERRI tu...Produk nie pown diperbuat dr buah MANJAKANI yang bertindak MEMUTIH DAN MERAPAT kan...dan juga mengurangkan bau dr segi KEPUTIHAN dll..

Try la..x rugi korang beli,walaupun harga nye agak expensive, x silap aku harga dalam rm25.00, selalu aku beli kat WATSON, tp mmg berbaloi dan bg aku x rugi lah...PERCAYALAH...untuk kebersihan kite(wanita) jugak kan...korang nk ke tmpt INTIM korg tue berbau."oh please lah", ..so kalo x nak berbau , guna la produk nie eyh, korang(wanita) akan sentiasa RINDU.....







SELAMAT MENCUBA..

SEKIAN

SEGALA-GALANYA AKAN TERJWB!!!!

SALAM....


PERHATIAN....


Disini aku ingin mengatakan bahawa blog UNCLESEEKERS (klik )dan MASKANCIL adalah org berbeza ok.. Aku pelik la org-org nie x dpt ke bezakan antara penulisan UNCLE...ape da...heeheh...sengal

Disini aku papar kan perbualan diantara UNCLESEEKERS dengan RADEN JOHARI MANSOR yang aku ambil dan copy paste dr blog UNCLESEEKERS..



Pada 8-2-2011 sekitar jam 9.21 malam ketika saya bersama dua orang lagi rakan dari Senawang sedanyg menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran siam tetiba saya dapat satu panggilan bernombor 0197720611. Dalam hati saya, saper plak yang call aku tengah sedap makan ni? Dahlah satu hari tak makan sebab takder orang nak masak untuk aku.

"Hello, ini Uncleseekers?"

"Yer, saper ni?"

"Raden Johari"

Saya tidak pasti Raden Johari yang mana. Saya ingat kawan saya juga bernama Pak Raden tapi dari Kelang.

"Ini Syed Abdullah kan?"

"Ye, ada apa yang boleh saya bantu?"

"Ini Raden Joharilah..Kita kan sedara beb..Isteri ana sedara ente"

Dalam hati kecil saya, betulkah sedara aku kawin dengan Raden Johari. Tapi aku abaikan isu itu dahulu sebab nak tahu cerita selanjutnya. Dua orang rakan aku tadi berhenti makan sebentar kerana mendengar perbualan aku yang agak kuat sebab line kat Janda ni kadang-kadang ok kadang ko. Maklumlah..Janda. he he
(ALA UNCLE DIE SEBENARNYE NAK TOMPANG POPULARITI UNCLE LA TU)


"Beb, minta tolong kengkawan ente deletekan apa yang patut tentang ana dalam internet"

"Boleh..small matter, tapi ente kena jumpa ana"

"Nanti ana hantar wakil"
(KENAPE MESTI NAK ANTAR WAKIL PLAK, JMPE FACE TO FACE NG UNCLE LA.)


"Ana nak jumpa anta kat kl"

"Ente tolonglah ana apa yang patut, kita sedara beb"
(SEDARA UNCLE RUPENYE)


"Takkan tolong macam tu ajer. Ana nak jumpa anta"

"Bolehlah tolong sikit-sikit, banyak takderlah"
(TUE NAME NYE ULAR LIDAH BERCABANG)


Dalam hati aku berbisik. Aku cakap lain, dia maksud lain. Aku nak jumpa dia bertentang mata sebab 2 kali dia tipu aku nak jumpa.


Satu kali sekitar tahun 2006 satu temujanji yang diaturkan oleh salah seorang pengarang majalah berkenaan paranormal (sekarang majalah tu dah takder lagi) di sentul. Aku datang dengan beberapa anggota Team PSI siap dengan peralatan video dan satu lagi bulan ramadhan 2009 bersama Zelmey. Aku lebih suka kalau ada temujanji atau sesuatu perkara, aku suka bawa teman sebab kalau ada terjadi perkara yang tidak diingini, mereka akan menjadi saksi nanti. Bila kami berdua sampai saja di tangga pejabat, salah seorang kakitangan memaklumkan bahawa Johari Mansur dah keluar. Tukang repair kasut kat bawah tu cakap dengan aku si Johari Mansur memang ada kat atas sebab dia ada kat situ dari tadi.


"Uncle dah kena main dengan dia..".

Aku ketawa sebab Zelmey cakap

"Kita dah kena main daa.."

Zelmey memang terkenal dikalangan kami sebagai joker.

"Ana kat johor, ente tolonglah apa yang patut. Nanti ana hantar wakil jumpa ente, Assalamualaikum" Dia terus tutup talian.
(NAK SERIBU DAYA X NAK SERIBU DALIH)


Kalau perbualan aku 'dirakam' oleh Raden Johari. Mohonlah padanya dengar semula semua percakapan saya. Ataupun sesiapa yang ada kaki di Celcom atau Maxis (saya pakai Maxis) bolehlah periksa semula rakaman tersebut. Zaman sekarang ni, bukti boleh dapat dengan cepat.


Nampak sgt kan, RADEN JOHARI ni lagi kakki belit, penipu sume,APEKAH? smpai biler nak mcm nie...Aku tahu UNCLESEEKERS x kan berdiam diri selagi die x kene dengan pembalasan dengan MENIPU org sane sini.


Kalau perbualan aku 'dirakam' oleh Raden Johari. Mohonlah padanya dengar semula semua percakapan saya. Ataupun sesiapa yang ada kaki di Celcom atau Maxis (saya pakai Maxis) bolehlah periksa semula rakaman tersebut. Zaman sekarang ni, bukti boleh dapat dengan cepat.

Beberapa hari selepas itu ketika aku sedang menyiapkan semua dokumen penting samaada bekas perdana menteri malaysia Dato Seri Abdullah Badawi dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono terlibat dengan skandal RM125Billion pada tahun 2008 (pertukaran wang lama dan baru) tiba-tiba adek angkat aku (kami panggil Sayur) bertanyakan tentang Raden Johari.

"Kau ni agin takder ribut takder tetiba jer tanya Pak Raden?

"Orangnyer camner?"

"Camtulah, kenapa?"

"Dulu saya pernah buat pembedahan kat Sentul dengan abang lan. Dekat sepuluh ribu gak habis sebab abang Lan buat dua pembedahan. Saya cuma buat kat leher saja."

"Baguslah"

"Saya nak minta duit baliklah sebab saya ternampak......"

"Macamnilah, Raden Johari baru tepon aku beberapa hari lepas, ko amik no tepon dia ni, ko tepon dia sendiri"

Keesokan harinya dia maklum pada saya yang Raden Johari tak angkat panggilannya. Sms juga tak berbalas. Saya tanya apa yang ko sms?

Dia jawab, saya cuma tulis "Uncleseekers"

Cinabeng lu, bagero lah ko ni. Dia mesti ingat aku yang message kau. Pundek ar ko ni! Pakai nama aku.

Dah seminggu aku tak nampak batang hidung dia kat Janda Baik ni. Kalau dia jumpa aku balik dan masih simpan sms dia pada Johari, saya akan paparkan disini.


(UNCLE!ABG SAYUR KAN, DIE POWN TERKENE DGN RADEN JOHARI NIE?ALAHAI~ADE GAK ORG2 KITE TERKENE, DA NASIB BADAN)




Teknik pembedahan batin tanpa menggunakan peralatan bedah.


Cara-cara

1. Bahan yang diperlukan adalah tepung ubi, pewarna merah dan usus ayam. Tepung ubi digaul bersama pewarna merah di dalam periuk yang berisi air panas sehingga menjadi sebati.

2. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam plastik bersaiz kecil.

3. Lekatkan plastik itu di bahagian dalam se- helai kain kuning yang telah di carik (sebagai tempat menyeluk).

4. Letakkan kain itu di atas perut subjek utama.

5. Seluk bahagian yang telah dicarik dan tarik keluar usus ayam yang telah digaul bersama-sama tepung ubi tadi.

Nak tahu lebih lanjut tentang teknik bomoh temberang sila (klik)

Raden Johari adalah satu lagi kejatuhan bomoh temberang selepas Mahaguru Mat Zain dan Ustaz Arief Cakra Alam. Mereka berjaya mengelirukan beberapa pemimpin negara satu ketika dahulu dengan silap mata!

Siapa pula bomoh temberang yang baru akan muncul selepas ini?

Kalau Ustaz Arief asalnya hanya penjual roti dan Raden Johari menjual ubat satu ketika boleh menjadi kaya kerana mereka pandai atau kita yang bodoh?

Walaubagaimanapun, bila datang kebenaran, yang bathil akan gugur dengan sendirinya.

Nota : Mungkin 'bahasa' yang dituturkan oleh Raden Johari Mansur terdapat sedikit kelainan dengan apa yang dipaparkan di atas.


p/S- KORANG NILAI LA SENDIRI LA K....SESUNGGUH NYA UNCLE BERCAKAP BENAR, DAN DIE PALING BENCI DENGAN ORANG YANG HIDUP NYE SENTIASA MENIPU...