L.O.V.A

My photo
ampang, Malaysia
liyxa... aku seorang yg kuat membebel, (bak kate bf aku),seorang yang kelakar, n ske menghappy kan org. x suke pada orang yg hipokrit..paling aku pantang, adakala nye aku panas baran..orang yg kenal aku lame tahu la baran aku mcm mane..x ske benda yg complicated..manja, n ske dimanja kan...ske pegi vacation tmpt yg aku ske pegi of coz la pntai...tenang jiwa aku dow!n mcm2 la mengenai aku nie..mls nak cite lebey2...hhuhu

Saturday, September 29, 2012

LIVERPOOL SELAMANYAAAAA....

You'll Never Walk Alone...
Salamm...

Hari xde ape pon yang aku nak kongsi kan..Otak aku x mengembang kan idea, utk aku share ng korg..hehhehe..
Tapi yang penting, x sbr nak tunggu game malam nie...
Liverpool vs Norwich City...
Hope menang lah....Tp kalah ke menang, aku ttp bersama Liverpool...takkan berganjak pendirian ku ini...hehehhehehhe....

Berikan lah sentuhan terbaik wahai En Nuri Sahin ku...

The Legend! Fantastic Captain
Steven Gerrads

My Super Duper Striker!!
Luis Suarez..

Always miss him..
Rindu kan sentuhannya
Dirk Kuyt...

Klah, tu je yang aku nak kongsikan kali, nnti aku rajin aku akan hapdet tentang game malam nie k ...

SEKIAN....

.

Wednesday, August 8, 2012

ZALORA MENIPU????



Da banyak sgt org komplen yang  ZALORA ni menipu .... dlm web lain biler  sampai brg, brg dapat lain.... iklan kat NUFFNANG bukan main meletop lg...nampk cam berkualiti je....tp brg x berkualiti lansung....
Aku di paham kan oleh kawan aku sendiri, die pown jd mangsa dengan ZALORA nie... kasut yg die dpt setaraf kasut yang boleh dpt di SG WANG or UPTOWN je...perlu ke nak menipu....ni lah salah satu sebab aku takot nak beli barang online... takot kene tipu....haish...kat sini aku tunjuk kan bukti kwn aku kene tipu dek ZALORA nie...





lg mangsa penipuan zalora..... hish hish hish...


see...so sape yg kaki shopping online tue..berhati2 k...jgn jd mangsa penipuan k...


sekian...


Monday, June 25, 2012

Tahu kah anda Game yang menghina ISLAM....

Kepada gamers-gamers sekalian...sila prihatin dengan benda-benda mcm nie....(kepada umat islam..)mungkin ade yang sudah mengetahui...tp ptt ke kita berdiam kepada sesiapa yang menghina islam...jgn fikir untuk keseronokan jerk...PLEASE BE ALERT...JANGAN BIA KAN ORANG MENGHINA ISLAM...


1 - DEVIL MAY CRY
2 - GIVE BARKER UNDYING
3 - ZACK & WIKI
4 - PRINCE OF PERSIA : THE SANDS OF TIME
5 - GUITAR HERO 3 : LEGEND OF ROCK
6 - RESIDENT EVIL 4

video

ISLAM AGAMA KITE..ALLAH DISANJUNGI....

Wednesday, January 25, 2012

SAYA SUKA KAN MINYAK WANGI !!



SALAM


Apa khabar semua kawan-kawan ku yang budiman...sehat-sehatlah hendak nye oke..saje je nak mengupdate kat blog nie..sejak dua menjak idea mencanak-canak plak dtg...tetibe tergerak plak otak ng tangan aku ni nak cerita pasal MINYAK WANGI dalam bahase omputih PERFUME..hehe...mesti korang x lari dengan PERFUME kan...aku giler perfume n org-org di sekeliling aku pown giler perfume...so kat sini aku tahu sikit demi sedikit mengenai PERFUME ni...oke aku nak kongsi kan kat korg PERFUME tu tahan lame ke x?




1st aku nak korg tahu jenis-jenis perfume lah ok.

1- COLONGE

2 - Eau de toilette (EDT)

3 - Eau de perfume (EDP)

4 - PARFUM

Aku rase korg mesti dapat bezakan jenis-jenis perfume yang kat atas ni kan.. mane yang x tahu meh sini aku bg tahu kat korg...hehehe...Oke untuk pengetahuan korg yang bezakan jenis perfume ni adalah kepekatan minyak haruman nye samaada ekstrak semulajadi, sintetik, dicairkan menggunakan air atau alkohol bergred tinggi. Kalo nak haruman yang tahan lebih lame tgk pada kepekatan minyak k.

COLONGE - Mengandungi 4 % minyak pati

Eau de toilette (EDT) - Mengandungi 8 % - 15% minyak pati

Eau de perfume (EDP) - Mengandungi 15% - 22% minyak pati

PARFUM -Mengandungi 22 % minyak pati


-Petua dr aku utk memakai perfume..hehehe (ceh ade petua sendiri plak)-

Waktu siang - semburkan pada pergelangan tangan, sendi kaki dan perot..

Waktu Malam - sesuai kalo sembur pada bahagian tengkok dan belakang leher...

hehehe...


BVLGARI OMNIA
EAU DE PARFUM..
Salah satu perfume feveret aku... da abis pown yang ni...yang ni sgt sgt sgt aku suke lah.x tahu nak ckp cam ner wangi nye..hehe


AIGNER..
EAU DE PARFUM..
Sangat wangi ouh...perfume ni la yang aku pakai skunk..ramai suke aku pakai perfume yang nie..lagi-lagi kekasih hati ku wakakakaka...

Oke aku rase setakat ni je la yang aku nak kongsi kan...nnti ade idea lain aku story mory k..perot da berkeroncong..nak mentekedarah jap...bye bye.

SEKIAN

Sunday, January 22, 2012

Pertunangan!!!


Salam semua....

Rase nye da lame aku x meng'update aku nye blog nie....n sebenarnye xde idea yang nak aku kongsi kan kat korang...cume malam 23 January 2011, terfikir plak aku nak story mory ng korang kali nie..

Tak de benda pown sebenarnye pown, cume aku mcm excited sikit yang aku ni bakal menjadi tunangan org...hehe tak lame je lg...ye lah umo aku pown da bape kan...bak kate org tua-tua anak dara x elok membujang lelame nnti di cop ANDARTU-(Anak dara tua) atau ANDALUSIA - ( Anak dara lanjut usia)..hehehe jgn marah ha!

Bagi aku Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.hehehe,,,,
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.(betol x??)

OKe kat sini aku nak kongsi sikit kat korang, dok aku search sane search sini aku ade terbaca satu artikel ni menarik gak utk aku.... korang bace ek ....

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.

Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

hehehehe....kat sini aku serta kan plak SEPLOH soalan sebelum bertunang!!!



1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Hahahahah..camner la kite nak pastikan ek...good idea ke cam tu...xpe korang sendiri pk kan k...care pemikiran manusia ni berbeza-beza kan...betol ke tidak?? cume kat sini aku nak kwn2 aku sume doakan kebahagian aku dunia da akhirat..

aku rase aku nak stop kat sini lur...ade cuti 2 hari ni kalo aku rajin aku story mory kat korg k...

bye2..

sekian

Monday, July 18, 2011

JUVANA BEST!!!!


Salamm...

Korang tgk Juvana x?Rugi kalo korang x tgk .drama ni pown da abis....sbb bagi aku jalan cite nye mmg sgt menarik..x mcm drama2 yang lain..lg2 pasal cinta...bosan....Tahniah kepada pengarah JUVANA kerana berjaya menarik minat penonton utk ddk didepan tv kol 9 malam ari Isnin..Drama yg penuh dengan suspen ni, sebuah drama yang mencatatkan jumlah penonton seramai 2.4 juta hasil kajian AC Nielsen akan menemui anda di episod terakhir td..Sedey ouh biler cite ni da abis..

Secara keseluruhannya bg aku, Juvana membawa satu saduran baru yang selama ini dinantikan oleh peminat drama tanah air. Kekuatan skrip serta lakon layar membuatkan Juvana begitu mudah meng-ayam-ayamkan drama bergenre lain.

Namun, ada kekurangan dari segi pengakhiran. Bagaimana Daim meneruskan kehidupan selepas keluar, apa yang terjadi kepada Cikgu Raja, Cikgu Azmee & Botak selepas ditangkap tidak dinyatakan dengan jelas.

Adakah Juvana musim kedua akan menemui penonton nanti? Kita tunggu sahaja…



Ape pown tahniah kepada semua pelakon yang berjaya melakon kan watak masing2, walaupun kebanyakan pelakon2 Juvana, majoriti nye sume pelakon baru...Tahniah dr aku k..

Tuesday, July 12, 2011

Pakcik Oh Pakcik

Pakcik oh pakcik.Syabas pakcik kerana video neh pakcik makin fofular skunk.
TAHNIAH PAKCIK....

video



Kata-kata PAKCIK neh membuat kan aku sentiasa berfikir....

"sebelum kita nk buat apa2 tanya dulu diri kita apa yg pernah kita berbakti pada negara tp bukan negara yg berbakti dgn kita.kita hanya manusia biasa yg akan mati dan kaku hancur dimakan oleh bumi..."

SEKIAN