L.O.V.A

My photo
ampang, Malaysia
liyxa... aku seorang yg kuat membebel, (bak kate bf aku),seorang yang kelakar, n ske menghappy kan org. x suke pada orang yg hipokrit..paling aku pantang, adakala nye aku panas baran..orang yg kenal aku lame tahu la baran aku mcm mane..x ske benda yg complicated..manja, n ske dimanja kan...ske pegi vacation tmpt yg aku ske pegi of coz la pntai...tenang jiwa aku dow!n mcm2 la mengenai aku nie..mls nak cite lebey2...hhuhu

Wednesday, April 27, 2011

Video Seks Anwar Ibrahim - Part II

Video Seks Anwar Ibrahim - Part II



Setelah menonton video ini, apakah komen anda?
* BENAR KAH???

*ADAKAH???

*MENGAPAKAH???

Korang nilai sendiri k...

Sudah terang lagi bersuluh...

Sekian..

Friday, April 22, 2011

PENUNGGU ISTANA TERBAEKKKK!!!

Salam...

Ape khabar kwn2 ku sekalian.....aku ni skunk tgh demam Filem Penunggu Istana..korang da tgk blom???cecepat la ek g tgk.hahaha, Lagi sehari tayangan Filem ni da ade kontrovesi.dimana ade WARIS Istana x berpuashati dengan tunjak utama Filem ni,UNCLESEEKERS,yang aku pelik kenapa UNCLE yang kene?hurm pelik kan manusia zaman skarang
aku 1st day tayangan aku da serang MBO Galaxy Ampang, nak tgk cite nie punye psl.Pedulik ape org nak ckp lah, aku ade terbaca kumen kat FB abg angkat aku ,mamat tu ckp" DENGAR TAJUK CITE POWN X BEST!!!!apekah?Tue lah org melayu, Jangan menilai name kalo x tahu isi pati nye...tgk la dulu..baru boley bg komen kan...
Setelah aku tgk, aku bg 97% kat Filem nie.Aku bangga Filem ber'genre PARANORMAL seperti ini di bawa masuk ke dunia perfileman di Malaysia, xmcm cite hantu yang masih di berada ditahap tu je.bosan!!.sekarang da ade kelainan sedikit untuk cite PARANORMAL seperti ini.Bukan ape, dr segi jalan cerita, watak pelakon-pelakon mmg best..aku dpt rase kan yang aku berada ditempat dorang (walaupunaku x berlakon.hehehhe)..Bg aku yang menghidup kan watak dalam cite nie adalah MUS n SARA kemudian UNCLESEEKERS n ADEEK.hehehe...Salute 100 % lakonan korang k...Sangat best lah...BUkan nak puji mengunung ke ape ke...sbb aku rase lakonan yang dorang bwk sgt berjaya dengan watak masing-masing.bukan lakonan yang dibuat2.lakonan semulajadi..lg2 kat MUS N SARA.untuk ADEEK aku x kan lpe dialog 1st dlm cite nie ko nyanyi "Kalau Menebang,kalau menebang si pohon jati, PAPAN di jawa,papan dijawa....hehehhehe,konggo-konggo)

TERBAEEKKKK WOKKK!



Barisan pelakon-pelakon "PENUNGGU ISTANA"

uncleseekers

adeekseekers

kuyah seekers

mus, sara, amar, fira, yana

So korang pergi ke pawagam berdekatan untuk menyaksikan Filem Penunggu Istana ni k..Support dunia Perfileman di Malaysia k...
Taniah untuk para-para pelakon!

SEKIAN

Sunday, April 17, 2011

FAKTA MENGENAI LELAKI...SETUJU X WAHAI LELAKI..

Salam...

Hati aku still berasa gembira kerana LIVERPOOL x kalah dalam game kali nie...Game antara Liverpool ng Arsenal mmg sungguh DRAMATIK...hehhehe...Last-last minit boley goal..yeahhh YNWA....Eh aku actly bukan nak cite pasal bola pown...ade sedikit fakta yang aku nak kongsi kan ng korang...terutama untuk kaum lelaki...ape yang aku nak kongsi kan nie...just untuk tahu btol ke x btol fakta yang aku dpt mengenai kaum lelaki...setuju ke x setuju terpulang lah...fakta nie pown aku dpt dr (http://www.kakilepak.com/page/2/)...cume menarik minat aku untuk aku penuh kan blog aku nie....jom kite tgk k...

1.Lelaki tidak detail dlm percakapan

Contoh kes: Kakaknye baru saja putus cinta. Biler kite tanyer what’s his comment dier just cakap: “Mm..dah nak putus nak wat camne…”

(aku setuju hehehehe..)

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi

(setuju)

3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

(setuju)

4. Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga.

Contoh kes:Dalam filem, sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga. Kenyataan nye? huh hampeh!!

Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

(setuju)

(wahai kekasih hati ku....d teringin b adiah kan d bunga..hehehhehe)


(Yeahh ni lah lelaki yang aku kenal dlm hidup aku yang paling romantikk,soryy uncle curikkk pic uncle.)


5. Lelaki tidak bergosip

Alasan: Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

(setuju 100%)(mulut lelaki pon skunk da mcm mulut pompuan,hehehe)

6. Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.

(of course la,sbb ibu lah segala-galanya.)

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

(setuju gak 100%, go go yaseer,yaseer adalah kawan aku yang gemar mengumpul komik n cd..)

8. Lelaki Senang melihat wanita memakai skirt pendek(mini skirt)-asalkan bukan kekasihnya.


(no comment,btol x abg ronie..)

so korang jgn slah kan aku eyh...ni cume fakta yang aku dapat...setuju ke x setuju terpulang lah..heheheh...aku mintak maaf...cume sekadar nak berkongsi je....jangan marah ha!!

SEKIAN

Thursday, April 14, 2011

SAKSIKAN PENUNGGU ISTANA 21 APRIL 2011

Salam

Aku nak kongsi sikit ng korang kali ni...
Saksi kan filem PARANORMAL pertama di MALAYSIA..so diharapkan jgn ketinggalan menyaksikan filem nie k..support dunia perfileman di Malaysia k...

Ajak bf,gf ,family, kwn2 korang untuk tgk cite nie confirm best nye..trust me..hehehheehe...



Sinopsis Filem PENUNGGU ISTANA Di Pawagam Mulai 21 April 2011

Filem Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Billah, istana tua yang terbiar di Perak.

Pada Februari 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.

Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ.
Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

Info Filem

Syarikat Penerbitan : Grand Brilliance Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd
Klafikasi : PG13
Filem : 35mm
Durasi : 90 minit
Tarikh Tayangan : 21 April 2011


MISTERI ISTANA BILLAH TERJAWAB DALAM FILEM PENUNGGU ISTANA

Pada 2010, lima pelajar cuba merungkai misteri di sebalik kejadian aneh dan menyeramkan yang dikaitkan dengan sebuah rumah tua di Papan, Perak yang dikenali sebagai Istana Billah.

Di rumah berusia lebih 100 tahun yang terbiar tidak berpenghuni itu, mereka yang dibantu kumpulan pengkaji entiti paranormal, Seekers, menyusuri cerita di sebalik musibah yang menimpa sekumpulan krew sebuah produksi TV, “Warkah Terakhir” setahun sebelumnya.

Pengalaman yang sepatutnya melengkapi kajian bagi kertas projek mereka dalam mendapatkan keputusan cemerlang, sebaliknya berubah menjadi catatan sebuah perjalanan yang mengerikan. “Penunggu Istana” adalah cantuman daripada pita rakaman terakhir mereka.

Naratifnya dipersembahkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf. Cantuman footage amatur yang difilemkan sepanjang 15 hari mereka di Istana Bilah itu cuba mencari jawaban terhadap kejadian mengerikan yang menimpa kumpulan pelajar berkenaan.

Uncle Seekers yang mengetuai kumpulan Seekers, menjadi tempat rujukan dalam usaha mencari bukti-bukti keujudan makhluk halus ini yang dikatakan punca di sebalik kejadian menyeramkan yang menyelubungi Istana Bilah.

Soalnya, sejauh manakah teori saintifik dengan gajet moden yang dibekalkan Seekers kepada pelajar berkenaan berupaya merungkai kesahihan kewujudan makhluk halus yang diburu itu?

Bagi pelajar tadi, keanehan yang dialami di rumah berkenaan dengan kejadian mistik, bunyi-bunyi misteri dan penurunan suhu mendadak yang dikatakan petunjuk mengenai kehadiran makhluk halus, bagaimanapun tidak mencukupi.
Keghairahan dan ketamakan untuk meraih perhatian, dikatakan menguasai sebahagian pelajar. Berbekalkan peralatan yang ditinggalkan kumpulan Seekers, mereka meneruskan kajian di rumah berkenaan.

Dengan ketaksuban mereka mencari jawapan untuk merungkai kejadian-kejadian aneh istana tersebut akhir membawa kepada pelbagai konflik yang makin bercelaru pada tujuh hari terakhir mereka terperangkap.

Dan, buat pertama kalinya footage amatur itu akan ditayang buat tatapan umum melalui filem seram pertama di Malaysia bergenrekan Paranormal ‘Penunggu Istana’ di pawagam seluruh Malaysia mulai 21 April 2011



Sekian.

Friday, April 8, 2011

WELCOME TO MALAYSIA , LIVERPOOL..

Salam

Wah so excited biler aku dengar PASUKAN BOLASEPAK LIVERPOOL akan datang MALAYSIA , Julai nie..confirm nye aku akan pergi..yeahhhh
YOU'LL NEVER WALK ALONE BEBEH..x kira aku akan cancel pape skali pon program time tu nnti, demi pasukan feveret aku ok..hhehehe...mintak2 dorg dtg time 27 hb..coz my big day wakakakaka...ley ajak SUAREZ, KUYT, GERRARD,KING KENNY, CAROL, MEIRELES n player-player yg lain clebrate sesame (ceh berangan je lebey), mane la tahu LUCK aku dpt bersame dorg..
(hanya dalam mimpi je la kan.... )pape pown aku mseti support dorg..come on FAN LIVERPOOL, same-same kite bg sokongan kat dorg nnti k..
YNWA FOREVER N EVER N EVER..EVER!!!!!

KUALA LUMPUR: Kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Chelsea akan mengadakan perlawanan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada Julai ini.
Perlawanan persahabatan itu adalah sempena lawatan dua pasukan gergasi itu ke Malaysia dalam siri Jelajah Asia 2011. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya mendapat persetujuan daripada kedua-dua kelab itu dan tarikh perlawanan akan diumumkan kemudian. "Kemungkinan besar dalam masa terdekat ini satu lagi kelab terkemuka EPL akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad negara namum perkara itu masih dalam peringkat perbincangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azzudin berkata, jadual perlawanan skuad negara bersama kelab Liverpool dan Chelsea mungkin hanya berbeza antara tiga atau empat hari sahaja.

Ini adalah pertama kali kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan setelah membatalkan pertemuan dengan pasukan Selangor pada 2008.

Manakala pasukan The Blues (Chelsea) pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia pada 2008. - BERNAMA



LOVE U LIVERPOOL!!!!
YNWA!!!

SEKIAN

Thursday, April 7, 2011

Japan earthquake on April 7 (footage)


GEGARAN DI JEPUN LAGI....
gempa bumi di Jepun bermagnitud 7.1

Semoga gegaran kali ini xde melibat kan nyawa rakyat JEPUN..
Sama-sama kite doakan supaya mereka selamat dari bencana kali ini ok...
Amin....

SEKIAN

Wednesday, April 6, 2011

Video seks Anwar Ibrahim?

Part 1


Percaya atau tidak korang nilai sendiri...ade otak sendiri fikir..
PERCAYA ATAU TIDAK!!!
Aku x berani nak ulas panjang-panjang..kang aku jugak yang kene..hehehhe..

SEKIAN