http://www.iawani.com
Identiti Pemilik Facebook ‘Sultan Yang Setan’
Lelaki disebalik laman Facebook ‘Sultan Yang Setan‘ kini berjaya di tangkap di Kuala Lumpur, Malaysia pada 29 November 2010. Dia yang menggunakan email dengan nama samaran ‘Pendekar Bentan‘ untuk mendaftar Facebook akhirnya berjaya diberkas, mungkin dengan kerjasama daripada Facebook dan penyedia laman email yang digunakannya. Kami tertanya apa yang mendorong dia membenci Sultan sebegitu rupa? Laman Facebook Sutan Yang Setanciptaannya dibina untuk menghina Sultan Johor, Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan berbagai kata-kkata negatif selepas kemangkatan Baginda. Akibat daripada perbuatan lelaki ini, kini makin ramai orang memandang serong kepada Facebook. Setakat ini, gambar wajah, nama sebenar dan umur lelaki itu masih belum di umumkan oelh pihak polis yang memberkasnya di bawah pimpinan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan.
[ melalui mStar ]
No comments:
Post a Comment