Sesiapa yang mengikuti perkembangan filem Ngangkung pasti akan berbangga dengan kejayaan filem ini yang berjaya memecah rekod kutipan paling tinggi dalam sejarah Malaysia, RM10 juta! Tanpa promosi angkat bakul atau terlampau optimis seperti filem ‘orang itu’, pengarahnya pasti tersenyum besar dengan kejayaan ini, membayangkan bonus berupa kereta atau banglo daripada David Teo nanti.
Sebelum ini, kutipan tertinggi dibuat oleh filem Adnan Sempit dengan kutipan berjumlah RM 7.66 juta, juga dikeluarkan oleh produksi Metroweatlh dan menggunakan pelakon utama yang sama, Sam Shaheizy. Entah apa sebabnya, mungkin ini rezeki Sam, lagi pun lakonan’nya amat berkesan. Jangan lepas ini Sam bersikap diva dan melupakan media yang selama ini membantu’nya dari belakang, nanti cepat jatuh bro!
Dalam pada itu, David Teo ada berkata bahawa beliau sering digoda oleh artis-artis wanita yang muda & seksi semata-mata ingin mendapatkan watak utama dalam filem terbitan syarikat’nya. Kau, dan kau sudah tentu bukan budak kecil, boleh fikirkan jenis godaan itu. Hati-hati David, jangan sampai terperangkap keluar video ala Chua Soi Lek pula.
No comments:
Post a Comment