Dibintangi oleh
Angelina Jolie, Johnny Depp, Paul Bettany, Timothy Dalton, Steven Berkoff
Genre
Aksi / Drama
Aku rindu dengan penampilan kacak Johnny Depp di layar perak. Rasanya sudah selalu sangat aktor ini memegang watak yang memerlukannya menyembunyikan wajah di sebalik solekan tebal.
Kali ini, Johnny Depp membawakan watak Frank Tupelo, seorang pelancong Amerika Syarikat yang jatuh cinta dengan seorang wanita jelita yang penuh misteri. Dengan watak lurus bendul, dia benar-benar mencuit perasaan penonton.
Berbeza dengan Angelina Jolie, wataknya sebagai Elise Ward tidak jauh ber`beza dengan wataknya dalam Salt. Penuh dengan rahsia. Cuma kali Angelina dia tidak perlu melakukan banyak aksi lasak memandangkan The Tourist berdasarkan filem romantik thriller Peranchis, Anthony Zimmer yang diarahkan oleh Jerome Salle pada tahun 2005.
Sepanjang menyaksikan filem ini, penonton akan dijamu dengan pemandangan indah Kota Venice, Itali. Ini kerana 95 peratus penggambaran filem ini dilakukan di sana. Jadi, benarlah apa yang dikatakan, filem membawa pengaruh besar kepada masyarakat.
Satu perkara yang aku suka dengan filem ini ialah, ia membuatkan penonton berteka-teki sehingga ke saat-saat akhir penceritaan. Bahkan, aku percaya ada juga yang tidak dapat mencari jawapan sehingga semuanya terjawab.
Bagaimanapun, terdapat juga kesilapan kecil dalam filem ini. Jika anda menonton nanti, cuba perhatikan baju yang dipakai oleh Johnny Depp selepas dia diselamatkan oleh Angelina Jolie. Corak baju tidur yang dipakai tidak konsisten. Sepatutnya dia mengenakan baju tidur berbelang, tetapi tiba-tiba bertukar kepada warna biru. Mungkin pengarah filem ini terlepas pandang.
Secara ringkas, The Tourist berkisar tentang Frank Tupelo, seorang pelancong Amerika yang datang bercuti ke ke Itali bagi mengubat luka dihatinya setelah kematian isteri. Ketika dalam perjalanan menaiki keretapi, dia terserempak dengan Elise Ward yang secara sengaja memilihnya untuk dijadikan sasaran pihak berkuasa yang mengekorinya.
Bermula dari saat Frank mula ditimpa masalah kerana dalam masa yang sama dia turut menjadi buruan pihak lain yang juga menyangka Frank adalah individu yang bertanggungjawab menipu duit mereka.
Satu fakta yang perlu anda tahu, filem ini dikatakan kurang mendapat sambutan di Amerika Syarikat. Setakat ini ia hanya berjaya mencatat kutipan sebanyak RM52.7 juta sedangkan pembikinannya sahaja mencecah RM310 juta.
Info
Pada asalnya, watak Frank Tupelo direka untuk diberikan kepada Tom Cruise tetapi pelakon itu menolaknya. Manakala untuk watak Elise Ward, Charlize Theron adalah pilihan pertama.
No comments:
Post a Comment