L.O.V.A

My photo
ampang, Malaysia
liyxa... aku seorang yg kuat membebel, (bak kate bf aku),seorang yang kelakar, n ske menghappy kan org. x suke pada orang yg hipokrit..paling aku pantang, adakala nye aku panas baran..orang yg kenal aku lame tahu la baran aku mcm mane..x ske benda yg complicated..manja, n ske dimanja kan...ske pegi vacation tmpt yg aku ske pegi of coz la pntai...tenang jiwa aku dow!n mcm2 la mengenai aku nie..mls nak cite lebey2...hhuhu

Wednesday, March 30, 2011

POCO-POCO HARAM?????

Salam...

Tgh aku godek-godek salah satu group dalam FB aku, tetibe aku tertarik dengan satu artikel yang aku rase nak share kat korang dalam blog aku?? so aku tanye la ng tuan empunya artikel?merangkap abg angkat aku la kira nye...atas nasihat beliau, beliau tidak membenar kan aku untuk aku publish kat public...die ckp isu ni terlalu sensitif untuk di share kan...sedey je..hehehe..so beliau bg aku idea buat satu artikel mengenai POCO-POCO yang diharamkan oleh mufti PERAK.... Haram ke? Bukan POCO-POCO adalah salah satu senaman??

Mufti PERAK mengesahkan bahawa POCO-POCO mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. hurm WUJUD ATAU TIDAK...BENAR ATAU TIDAK????kite pk la sendiri ye... biler pk kan balik kan..POCO-POCO nie terbuka untuk semua golongan...dr yang tua smpai ke yang muda..then menari beramai-ramai di tempat yang terbuka...menari pown bukan terkinja-kinja , slow-slow gitu..bukan menari berdua-dua berpelukan...hurm...pelik sungguh~~!!!!!


IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.

Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain. (gambar atas)


Jabatan Mufti negeri Perak telah mengeluarkan surat pekeliling mengatakan bahawa tarian poco-poco (kini popular sebagai satu senaman) diharamkan. Anda boleh baca surat pekeliling tersebut kat atas ni.

Sekarang nie menjadi tanda tanye dan bermacam persoalan di kepala otak aku nie...

Adakah pergerakkan itu satu pemujaan?
Kalau benar satu pemujaan ape mantera nye?cume sekadar muzik yang kite gerak ikut rentak..

Adakah sebelum menari tu, penari ada membaca mentera?
hurmmm...mantera x logik kan...

Adakah pergerakkan kedepan kebelakang kekiri dan kekanan boleh mengubah akidah dan tauhid manusia?

Dimanakah relevennya?

Korang nilai kan sendiri k...

Tahukah korang pada suatu ketika dahulu kita pernah bermain teng-teng, juga pergerakkan berbentuk salib, mungkin selepas ini permainan teng-teng juga bakal diharamkan..

hurm logikkah???






SEKIAN

No comments:

Post a Comment