L.O.V.A

My photo
ampang, Malaysia
liyxa... aku seorang yg kuat membebel, (bak kate bf aku),seorang yang kelakar, n ske menghappy kan org. x suke pada orang yg hipokrit..paling aku pantang, adakala nye aku panas baran..orang yg kenal aku lame tahu la baran aku mcm mane..x ske benda yg complicated..manja, n ske dimanja kan...ske pegi vacation tmpt yg aku ske pegi of coz la pntai...tenang jiwa aku dow!n mcm2 la mengenai aku nie..mls nak cite lebey2...hhuhu

Monday, December 13, 2010

MANTERA

Warisan Melayu Mantera Nafsu, Ilmu Pengasih, Pemanis Wajah



Sebahagian menganggapnya sebagai hal yang tidak boleh dipisahkan dengan identiti Melayu, sebahagian lagi menganggapnya sebagai pekerjaan syirik yang perlu dibanteras. Bagi Syed Abdullah Alattas atau yang lebih dikenali sebagai Uncle mengkaji mantera-mantera yang diamalkan sejak berkurun lamanya oleh masyarakat melayu merupakan satu jalan untuk menjaga warisan Melayu. Ia sama seperti sejarahwan Mesir hari ini mengkaji dan menjaga Piramid dan Mummi sebagai warisan Mesir.

Kajian hebat ini pasti akan menimbulkan kontroversi dan pasti mencipta sejarah sebagai kajian ilmiah yang pertama terhadap mentera-mentera warisan masyarakat Melayu. Melalui Warisan Melayu Mantera Nafsu, Mantera Pengasih dan Mantera Pemanis Wajah, Uncle memaparkan berbagai mantera yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.

Berpegang kepada prinsip “Mengkaji bukan bererti mengamal dan menyimpan buku ini bukan bererti mempercayainya” tidak ada paksaan untuk anda memiliki buku ini. Tetapi jika tajuknya belum cukup untuk mencabar anda untuk memilikinya maka memiliki sesuatu yang merupakan sebahagian dari warisan dan sejarah adalah satu cabaran untuk anda.

Warisan Melayu Mantera Pemanis Wajah

Warisan Melayu Mantera Pemanis Wajah

Masyarakat Melayu sejak berkurun lamanya telah mengamalkan mantera-mantera untuk diri mereka dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Dari pemanis wajah hinggalah membela diri. Hampir setiap langkah yang diambil disertakan dengan mantera.

Melalui buku Warisan Melayu Mentera Pemanis Wajah, Syed Abdullah Al Attas yang lebih dikenali sebagai Uncle, memuatkan mantera-mantera yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk diri mereka bermula dari wajah yang manis, suara yang merdu, bela dan pendinding diri, belajar ilmu zahir dan ghaib, tenaga batin, mengurut dan lain-lain.

Keberkesanannya telah dibuktikan oleh para pengamalnya sejak dahulu lagi dan kini ia dibukukan sebagai satu warisan yang perlu dijaga walau pasti akan menimbukan kontroversi.

Buku ini perlu anda miliki tetapi bukan untuk anda buktikan sendiri keberkesanannya tetapi sebagai satu warisan turun menurun yang perlu anda ketahui.

Warisan Melayu Mantera Ilmu Pengasih


Laksamana Hang Tuah memikat Tun Teja menggunakan mantera ilmu pengasih dan setelah dipikat, ia serahkan Tun Teja kepada Sultan Melaka dengan membuat Tun Teja lupa kepadanya. Ini adalah sebahagian dari mantera-mantera yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu sejak berkurun lamanya.

Melalui buku Mantera Ilmu Pengasih, Syed Abdullah Alattas yang lebih dikenali sebagai Uncle membongkar rahsia-rahsia mantera warisan Melayu yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu seperti mantera memikat, membenci, rumahtangga, mendapat rezeki, memburu, penunduk, perbomohan, upacara keramaian, kuat ingatan dan ketenangan diri yang juga terdapat didalam buku ini.

Keberanian Uncle menyusun buku ini pasti akan menimbulkan kontroversi. Apakah mantera pengasih yang ada dalam buku ini akan menyebabkan ianya laris dijual atau buku ini tidak akan dibeli atau tajuknya sahaja sudah menjadi mantera hebat untuk anda memilikinya?

Warisan Melayu Mantera Nafsu


Mantera adalah sesuatu yang tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu. Warisan Melayu Mantera Nafsu membongkar mantera-mantera masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka yang berhubung kait dengan nafsu, baik dalam dunia perubatan, hubungan mereka dengan makluk halus, perbidanan, penggerun, cinta, persilatan, membuka tanah perkebunan, masuk hutan dan untuk pelembut.

Warisan Melayu yang hampir dilupakan ini dibongkar dan dibedah siasat serta dibuku oleh Syed Abdullah Alattas yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers. Pasti sahaja penulisan buku ini akan menimbulkan kontraversi terutama dari golongan yang menanggap mantera sebagai perbuatan bidaah. Namun penulisan buku ini bukan untuk membahas dari aspek halal dan haramnya tetapi untuk mendokumantarikan warisan yang hampir terkubur ini sebahagian dari sumber kekayaan warisan Melayu.

Mengkaji bukan bererti mengamal dan menyimpan buku ini bukan bererti mempercayainya. Tetapi tajuknya sudah cukup untuk mencabar anda untuk memilikinya.

No comments:

Post a Comment